Thursday, June 10, 2010

PENDIDIKAN SEAWAL USIA 5 TAHUN

KUALA LUMPUR 10 Jun - Kerajaan komited memperkenalkan sistem pendidikan formal seawal usia lima tahun pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kerana ia bakal memberi implikasi besar dalam sistem pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, sebelum rancangan itu terlaksana, kerajaan perlu membuat beberapa persiapan iaitu menyediakan lebih ramai guru terlatih serta menambah bilangan sekolah.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana berdasarkan jangkaan kementerian, sekiranya sistem itu mula dilaksanakan secara keseluruhan jumlah murid yang akan memasuki sekolah tahun satu akan bertambah tiga kali ganda iaitu daripada 500,000 kepada 1.5 juta.

''Secara prinsipnya tidak ada masalah. Bagaimanapun kita perlu ada kapasiti iaitu sekolah dan guru perlu mencukupi dalam usaha kita menampung pertambahan penuntut. Soal persiapan amat penting sebelum sistem ini mula dilaksanakan.

"Namun begitu seperti mana yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin sistem persekolahan formal seawal lima tahun itu akan mula diperkenalkan secara berfasa iaitu sebelum RMK-10 tamat," katanya kepada pemberita selepas pembentangan RMK-10 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pembentangan tersebut antara perkara yang banyak disentuh oleh Najib ialah sektor pendidikan dan antaranya ialah komitmen kerajaan meneruskan program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) serta memperkenalkan program Sekolah Amanah atau Trust Schools.

Mengenai rancangan sistem pendidikan formal seawal usia lima tahun Perdana Menteri berkata, langkah untuk mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh rancangan tertakluk pada kemampuan kerajaan.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, hasrat untuk mengurangkan tahun kemasukan ke pendidikan formal telah lama dibincangkan.

"Sebenarnya kebanyakan negara-negara lain telah melaksanakan sistem pendidikan formal seawal lima tahun dulu. Kita lihat sistem ini lebih mematangkan pelajar selain memberi kesan dari segi bekalan modal insan," katanya.

Mengenai pelaksanaan sistem Sekolah Amanah, Muhyiddin berkata, ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat yang boleh dimainkan oleh pihak swasta dalam meningkatkan pretasi sekolah.

"Konsep ini seperti sekolah angkat. Sesiapa yang berminat untuk membantu sekolah berkenaan boleh berbuat demikian. Saya harap ia dapat dimulakan akhir tahun ini.

"Kita sebenarnya telah memulakan perbincangan dengan pihak Khazanah Nasional (Khazanah). Kita bercadang untuk melibatkan 10 sekolah iaitu lima sekolah yang agak rendah dari segi pencapaian, tiga sederhana dan dua sekolah berprestasi tinggi," katanya. ---- RUJUKAN UTUSAN MALAYSIA

Sunday, April 18, 2010

kelab facebook P207 Igan



Kelab Facebook P.207 Igan telah dilancarkan secara rasminya pada 17.4.2010 (sabtu) yang lalu oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Wahab Bin Haji Dolah, Ahli Parlimen P.207 Igan. Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Haji Abdul Wahab.
Kelab FB P207 Igan ini merupakan satu-satunya kelab FB yang pertama kali diwujudkan di kawasan parlimen. Bagi diri saya menyatakan apa yang telah dibuat oleh Ahli Parlimen P.207 Igan adalah amat bertepatan dengan masa zaman sekarang ini yang mana orang zaman sekarang lebih suka berkomunikasi serta bertukar pandangan menggunakan internet kerana ia cepat.
Selain daripada itu juga antara lain ialah dapat meningkat kadar celik i.t terutamanya dikalangan penduduk luar bandar. Ianya juga akan dapat memberi ruang khususnya golongan remaja melibatkan diri dengan aktiviti-aktivti yang berfaedah kerana Kelab Facebook ini juga akan mengadakan aktiviti bulanan untuk ahli kelab mereka. Justeru itu secara tidak langsung akan dapatkan mengurangkan pengaruh gejala sosial dikalangan remaja.
Ahli-ahli kelab Fb ini juga boleh dianggap sebagai mata dan telinga P207 kerana mereka ini nanti akan membantu melaporkan apa-apa perkembangan yang berlaku di kampung masing-masing. Oleh itu peranan ahli-ahli kelab FB ini adalah amat besar .
Sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat datuk haji Abd Wahab Bin Haji Dolah di atas idea beliau yang telah mencetuskan tertubuhnya kelab FB P207 Igan. "Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan"..